Riang Ria Bersama di Hari Raya Aidilfitri
Sebulan kita berpuasa maka hari raya pun telah tiba,
cuma berita yang tidak gembiira apa bila kita semua harus beraya semasa
movement control order. Saya Kamal Nizam dan ini merupakan cerita saya beraya
semasa MCO.
Agak menyedihkan apabila tahun ini kita semua perlu
mengikut norma baharu semasa beraya, tidak dapat balik ke kampung, tidak
digalakkan bersalam-salaman, solat hari raya juga tidak dibenarkan. Ia seumpama
kita semua tidak beraya langsung, tetapi itu semua hanya di fikiran sahaja.
Raya ini subjektif, kita boleh beraya di mana-mana sahaja, seperti saya, saya
agak bernasib baik kerana kampung ibu saya terletak di Hulu Langat, Selangor
dan itu membolehkan kami beraya di kampung tetapi dalam keadaan yang serba sederhana
kerana ramai sedara-mara yang tidak dapat dating kerana duduk di luar negeri.
Perintah Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah untuk
menjaga penjarakkan sosial masing2 dan maksimum 20 orang dalam satu rumah untuk
ziarah menziarahi semasa hari raya pertama sahaja juga tidak boleh bermalam di
kampung. Tetapi kami sekeluarga degil di mana kami bermalam hingga raya kedua,
ibarat nak beraya pun terasa seperti membuat jenayah, kami tetap menjaga jarak
sosial kami lebih-lebih lagi di kampung ibu ada atuk yang semakin meningkat
naik usianya dan kita semua tahu bahawa warga emas merupakan antara orang yang
berisiko tinggi untuk meninggal sekiranya mendapat jangkitan Covid-19.
Hari raya tahun ini disambut dengan sangat sederhana,
tiada baju baharu, tiada kasut baharu tetapi yang baharu nya adalah ahli
keluarga yang baharu iaitu kakak-kakak ipar yang pertama kali beraya bersama.
Saya merupakan anak ketiga dari 4 beradik dan semua adik-beradik saya adalah
lelaki, jadi ini pertama kali ibu saya dapat beraya bersama menantu dan juga
mendapat teman perempuan untuk berborak.
Sepatutnya pada pagi hari raya kedua kami sekeluarga
sepatutnya sudah bergerak menuju ke Batu Pahat, Johor untuk beraya di kampung
ayah saya, itu merupakan rutin tahunan apabila raya menjelma tetapi apakan daya
semua itu terbatas dek kerana virus yang tidak mengenal usia. Walaupun kami
jauh, kami tetap mencari inisiatif untuk bercakap sesama kami melalui panggilan
video, tidak kira dengan rakan-rakan, sedara-mara dan juga sahabat-handai.
Sampaikan seorang sepupu rapat saya juga tidak dapat langsung menyambut hari
raya kerana dia merupakan “frontliner” yang bekerja di Hospital Melaka, pagi
rayanya hanyalah digunakan untuk berehat kerana perlu memasuki syif pada
tenghari.
Agak susah untuk biasakan diri dengan norma baharu
tetapi mahu atau tidak kita perlu mengikutinya. Walaupun jarak memisahkan kita
tetapi hati kita semua sentiasa bersama. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan
Batin. #kitajagakita
By Kamal Nizam - Additional Assignment Plus 1
Comments
Post a Comment