Sukan Para ASEAN Dibatalkan



Kejohanan Sukan Para ASEAN Filipina yang dijadualkan dari 3 hingga 9 Oktober depan dibatalkan dek kerana pandemic Covid-19.



Menurut Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin, Pesuruhjaya Sukan Filipina (PSC) mengambil keputusan membatalkan semua acara sukan di negara mereka tahun ini sekali gus menarik balik peruntukan yang diberikan untuk menganjurkan temasya itu.



Jawatankuasa Paralimpik Filipina (PHILAPGOC) akur dengan keputusan itu dan mengakui kemungkinan besar Filipina tidak lagi menganjurkan temasya berkenaan. Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) pula akan mengadakan perbincangan dengan majlis tertinggi mengenai situasi dan masa depan Kejohanan Sukan Para ASEAN.

By Kamal Nizam

Comments

Popular posts from this blog

Netizens Bash Influencer For Doing Blackface

Hijab making its way in Fashion

100, 000 Subscribers For Sugu Pavithra