Barcelona Putih Mata Lagi?


Barcelona seakan-akan sudah terlepas peluang untuk menjuarai La Liga apabila mereka seri dengan Celta Vigo dengan jaringan 2-2 pagi semalam. Gol lewat yang dijaringkan oleh Iago Aspas pada minit 88’ meranapkan harapan Barcelona untuk cuba selesakan diri di persada liga.


Walaupun skuad The Catalan sekarang berada di tangga teratas liga, tetapi hanya satu mata yang membezakan kedudukan mereka dengan Real Madrid di mana skuad bimbingan Zinedine Zidane itu mempunyai kelebihan satu perlawanan.


Masih berbaki 6 perlawanan lagi dan saingan untuk merebut gelaran juara La Liga sangat sengit. Peminat berpeluang untuk melihat dua musuh tradisi bekerja keras sehingga minit akhir musim ini untuk mengetahui siapa yang bakal bergelar juara.

By Kamal Nizam

Comments

Popular posts from this blog

Method Acting : A Quick Explanation

Liverpool Layu Selepas Menjadi Juara

Training SOP for all Malaysian athletes