6 Sebab Kenapa Mata Silau


Silau merupakan satu masalah yang agak menjengkelkan kepada orang-orang yang mengalaminya lebih-lebih lagi mereka yang memandu di malam hari. Kali ini saya ingin senaraikan sebab-sebab kenapa mata silau.


1. Migrain.

Migrain adalah pening kepala disebabkan beberapa faktor dan salah satu adalah cahaya, secara tidak langsung ianya akan membawa kepada silau di mata.





2. Masalah berkenaan otak.

Seperti Meningitis, Encephalitis, Subarachnoid Hemorrhage dan sebagainya. Segala masalah penyakit berkaitan otak akan memberi kesan kepada mata dan merupakan salah satu punca silau.





3. Mata Kering.

Apabila mata kering, cahaya tidak dapat dibaca dengan betul oleh mata kita dan akan nada sedikit kekacauan. Dapatkan rawatan doctor seperti air mata palsu untuk rawat mata kering.





4. Rabun Silau.

Apabila kita mempunyai rabun silau, cahaya pecah menjadi dua apabila dilihat secara terus. Ini dapat dielakkan dengan membeli kaca mata yang sesuai di kedai optometrist untuk hilangkan rabun silau.





5. Katarak. (Lens Mata)

Katarak yang tidak bersih akan menyebabkan pandangan seseorang itu silau, penjagaan mata yang betul dan bersih dapat menjamin prestasi mata yang optimal.





6. Pembedahan Lasik.

Silau merupakan salah satu “side effect” daripada apa-apa pembedahan mata seperti pembedahan lasik. Namun, perkara ini tidak akan berlanjutan kerana selepas 6 minggu, “side effect” ini dijangka akan hilang begitu sahaja.

By Kamal Nizam

Comments

Popular posts from this blog

Netizens Bash Influencer For Doing Blackface

Hijab making its way in Fashion

100, 000 Subscribers For Sugu Pavithra