Kejohanan Badminton Dunia 2021 Ditunda
Kejohanan Badminton Dunia 2021 yang pada mulanya
dijadual pada Ogos 2021 di Huelva, Spain telah ditunda ke akhir tahun 2021.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah memaklumkan
kepada peminat bahawa Persekutuan Badminton Sepanyol (FESBA) bersetuju untuk
menganjurkan kejohanan dwitahunan itu dari 29 November hingga 5 Disember di
Stadium Carolina Marin.
Badan badminton dunia mendedahkan keputusan itu
membolehkan lebih banyak kejohanan penting dijalankan pada tahun depan selepas
Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ke 2021
ekoran pandemic Covid-19.
by Kamal Nizam
Comments
Post a Comment