Siapakah Ultras Malaya?




Bolasepak merupakan sukan paling popular di Malaysia kerana ianya diminati oleh semua lapisan masyarakat tidak kira yang muda atau yang tua. Ada juga golongan peminat tegar yang sanggup bergadai duit untuk melihat pasukan kegemaran mereka beraksi tidak kira jauh mana sekali pun.

Ini boleh dikaitkan budaya “Ultras” di serata dunia di mana Malaysia pun mempunyai Ultras tersendiri yang digelar Ultras Malaya. Ultras Malaya dianggotai oleh 14 sub kumpulan yang merangkumi 14 Ultras negeri di Malaysia di mana apabila adanya perlawanan antarabangsa yang melibatkan Malaysia, kesemua Ultras negeri berkumpul di satu tempat untuk memberi sorakan kepada pasukan Harimau Malaya.

Capo Lekir (bertopi merah di tengah)

Ultras Malaya adalah kumpulan penyokong setia untuk pasukan bolasepak Malaysia, apabila kita bercerita tentang siapakah pemain ke-12, mereka merupakan kumpulan yang layak digelar sebegitu dan juga dikenali sebagi “ekor Harimau Malaya”. Mereka juga mempunyai “rules” mereka tersendiri iaitu wanita dan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk berada di Kawasan “curva” mereka dan itu sudah pun menunjukkan ciri-ciri Malaysia.


Sejarah penubuhan Ultras Malaya atau nama pendeknya UM07 (Ultras Malaya – 07) telah ditubuhkan pada tahun 2007 oleh beberapa penyokong tempatan yang fanatik. Pada awalnya, Ultras Malaya hanya mempunyai lebih kurang 20 orang ahli dan diketuai oleh Capo (Ketua) Ultras Malaya yang menggelar dirinya Lekir (bertopi merah).


Semasa awal penubuhan Ultras Malaya, walaupun prestasi yang tidak menentu skuad Malaysia di pertandingan-pertandingan antaranbangsa, UM07 terus setia untuk menyokong skuad Harimau Malaya tidak kira apa pun yang terjadi. Selepas kejayaan Malaysia meraih pingat emas Sukan SEA 2009 & 2011 juga diikuti kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki pada 2010, scenario bolasepak negara telah masuk tahap yang lebih tinggi.


Lebih ramai lagi peminat-peminat menyertai UM07 dan menunjukkan sokongan kepada skuad negara. Ini merupakan contoh bahawa peminat bolasepak di Malaysia sangat fanatik dan pada masa yang sama dahagakan “Good Football” daripada para pemain kebangsaan.

By Kamal Nizam

Comments

Popular posts from this blog

Netizens Bash Influencer For Doing Blackface

Hijab making its way in Fashion

100, 000 Subscribers For Sugu Pavithra