Liverpool Layu Selepas Menjadi Juara
Juara sah Liga Perdana Inggeris sekali lagi
mencatatkan kekalahan selepas mereka dinobatkan sebagai juara awal bulan Julai
ini.
Mereka dibedil oleh skuad The Gunners pada pagi tadi
dengan jaringan 2-1. Liverpool dilihat sangat ampuh apabila mereka menguasai
sebahagian besar permainan tetapi apakan daya nasib tidak menyebelahi mereka.
Gol pertama dijaringkan oleh Sadio Mane selepas
menolak hantaran lintang yang kemas dari Andrew Robertson pada minit ke 20’, Arsenal
mula merapatkan kedudukan apabila penyerang Perancis Alexandre Lacazette
menjaringkan gol pada minit ke 32’.
Reiss Nelson pula dapat menjaringkan gol dengan menerima
umpanan yang cantik dari Alexandre Lacazette di minit ke 44’ sekaligus menyempurnakan
‘Comeback’ untuk memenangi perlawanan itu.
By Kamal Nizam
Comments
Post a Comment