Kedatangan Semula Bolasepak di Malaysia


Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diwakili Menteri Kanan Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumuman yang amat besar apabila membenarkan aktiviti bolasepak dan juga sukan-sukan yang melibatkan sentuhan fizikal bermula 15 Julai ini menerusi siding media sebentar tadi.


Semua pusat sukan dan rekreasi, penguasa padang komersial dan operator gelanggang futsal dibenarkan untuk beroperasi dan menjalankan segala aktiviti juga mula berkuat-kuasa pada 15 Julai ini.


Ini merupakan khabar yang sangat gembira kepada semua peminat sukan tanah air apabila dapat memulakan kembali aktiviti sukan yang tergendala disebabkan pandemik COVID-19.


Namun begitu, orang ramai dinasihatkan untuk melakukan senaman dan latihan ringan dahulu sebelum melibatkan diri dalam sukan dan rekreasi untuk mengelakkan kecederaan.

Hal ini kerana, selepas 3 bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), otot yang sudah lama tidak digunakan itu berkemungkinan besar boleh mendapat kecederaan dek kerana sudah tidak biasa dengan intensiti dalam pergerakan sukan.

By Kamal Nizam

Comments

Popular posts from this blog

Netizens Bash Influencer For Doing Blackface

Hijab making its way in Fashion

100, 000 Subscribers For Sugu Pavithra