Ditipu Marcel Kalonda?


FAM telah menyatakan bahawa segala dokumentasi yang diberi oleh Marcel Kalonda adalah palsu, perkara itu telah di sahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Perkara ini memberi menimbulkan pelbagai tanda tanya tentang pemain-pemain yang menyatakan diri mereka mempunyai darah campuran.

Ini juga seperti salah satu cara baharu yang digunakan oleh mereka untuk mengeksploitasi peluang untuk beraksi di peringkat antarabangsa di mana mereka tidak mendapat peluang itu di negara asal mereka.


Marcel Kalonda yang beraksi bersama Zesco United di Liga Zambia itu tular apabila namanya dikaitkan dengan status darah campuran apabila dikatakan datuknya merupakan seorang warganegara Malaysia yang lahir di Sabah.

Jurulatih Tan Cheng Hoe juga mempunyai minat yang mendalam jika dapat memanggil Marcel beraksi bersama skuad negara. Tetapi semuanya terkubur apabila segalanya merupakan tipu helah belaka apabila segala dokumentasi pemain itu tidak ada kena mengena dengan Malaysia.

By Kamal Nizam

Comments

Popular posts from this blog

Netizens Bash Influencer For Doing Blackface

Hijab making its way in Fashion

100, 000 Subscribers For Sugu Pavithra