15 Perlawanan Tanpa Kalah


Manchester United agak suram pada awal musim dek kerana prestasi yang tidak konsisten ditunjukkan oleh pemain-pemain mereka. Tetapi mereka mula bangkit pada pertengahan musim hingga mencatatkan rekod 15 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan.

Hanya Bayern Munich mempunyai rekod lebih tinggi daripada The Red Devil dengan 25 perlawanan tanpa kalah.

Ini semua bermula dengan kedatangan Bruno Fernandes ke Manchester United yang memberikan sinar baharu bagi skuad itu, ditambah lagi dengan gandingan dia dengan Paul Pogba yang sangat ampuh.


Bruno menunjukkan aksi cemerlang dengan menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya menang 3-0 ke atas Brighton & Hove Albion pagi tadi.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer itu juga masih dalam pemburuan untuk mendapatkan tempat ke Liga Juara-juara musim depan dan mereka juga berada di jalan yang tepat untuk mengangkat sekurang-kurangnya satu piala pada musim ini iaitu Piala FA dan juga Liga Europa.


Lebih menggembirakan adalah pemain muda sensasi United, Mason Greenwood, juga mencatat namanya sebagai salah seorang penjaring. Ini menunjukkan masa depan Manchester United agak cerah dengan adanya pemain-pemain muda yang berpotensi dalam skuad.

By Kamal Nizam


Comments

Popular posts from this blog

Netizens Bash Influencer For Doing Blackface

Hijab making its way in Fashion

100, 000 Subscribers For Sugu Pavithra