Madrid Menyukarkan Lagi Perjalanan Barcelona
Harapan skuad The Blaugrana untuk mencabar kejuaraan
La Liga tampak lebih sukar apabila mereka mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan
Atletico Madrid di Nou Camp pagi tadi. Ini memberikan kelebihan kepada jiran
Madrid, iaitu Real Madrid untuk mengungguli saingan liga.
Dua sepakan penalti yang diberi kepada Atletico
berjaya mematahkan kelebihan pihak lawan disudahkan oleh Saul Niguez, itu semua
terjadi apabila Barcelona berada di depan sebanyak dua kali. Keputusan seri itu
ibarat membuka pintu kepada Real Madrid untuk bergelar juara.
Real Madrid yang juga mempunyai kelebihan satu
perlawanan berbanding Barcelona, berpeluang untuk menjarakkan kedudukan mereka
dengan empat mata sekiranya mereka mencatatkan kemenangan semasa berhadapan
dengan Getafe.
Pengurus pasukan Atletico, Diego Simeone, menyatakan
bahawa memang niat mereka untuk memadamkan harapan skuad Catalan itu untuk
menjadi juara.
By Kamal Nizam
Comments
Post a Comment