Adakah Malaysia mampu memperoleh pingat emas pertama temasya Olimpik di Tokyo?
Seperti kita semua tahu bahawa Malaysia masih lagi
belum dapat peroleh pingat emas olimpik pertama untuk negara, sedangkan negara
jiran kita Singapura sudah pun berjaya mendapatkan pingat emas di Olimpik
menerusi jaguh renang mereka Joseph Schooling.
Perjalanan atlit negara sepanjang temasya Olimpik yang
lepas hanya dapat membuahkan pingat perak sebagai pencapaian yang paling tinggi
di dalam pertandingan yang dilangsungkan 4 tahun sekali itu dan kebanyakkan
pingat itu disumbangkan oleh kem badminton negara di mana Dato Lee Chong Wei
memenangi 3 perak di 3 temasya iaitu di Beijing (2008), London (2012) dan Rio
(2016).
Dengan persaraan Dato Lee Cheng Wei, masih adakah
atlit yang mampu galas misi emas olimpik pertama selepas ini?
Buat masa sekarang ini, kem memanah, berbasikal dan
juga terjun tampak agak bersedia untuk mengambil tanggungjawab itu dek kerana
kebanyakkan mereka sudah pun melayakkan diri ke sukan Olimpik Tokyo 2020
meskipun ramai lagi yang belum melayakkan diri.
Malaysia meletakkan harapan paling tinggi terhadap
tiga atlit utama yang dilihat dapat menyumbangkan emas di temasya itu iaitu
Azizulhasni Awang (Berbasikal), Pandalela Rinong (Terjun) dan Khairul Anuar Mohamad
(Memanah).
Diharapkan segala persiapan yang dilakukan oleh
atlit-atlit negara dapat membuahkan hasil semasa di temasya Olimpik Tokyo 2020
yang ditangguh kerana penularan wabak Covid-19, ini memberi lebih masa kepada
atlit negara kita untuk mempersiapkan diri demi mencapai emas Olimpik pertama
negara.
Mari lah kita sama-sama sokong atlit kita supaya misi
ini berjaya, ayuh Malaysia!
By Kamal Nizam
Comments
Post a Comment