Liga Malaysia berpotensi untuk dibatalkan?
Liga Malaysia baru sahaja membuka tirai pada awal
tahun 2020 di mana hanya 4 perlawanan dapat dilangsungkan sebelum dihentikan
disebabkan penularan virus Covid-19. Hal ini memberi tamparan hebat kepada semua
kelab bolasepak di Malaysia yang mengharungi liga tempatan di mana semuanya
mempunyai krisis kewangan tersendiri akibat berhentinya Liga Malaysia.
Pemain-pemain juga berdepan dengan risiko pemotongan
gaji yang akan membebankan mereka sendiri. Jika Liga Malaysia dibatalkan, ianya
adalah kerugian yang amat besar kepada kelab-kelab bolasepak tempatan yang
sudah pun mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mengharungi musim 2020
ini.
Setiausaha Agung AFC (Asia Football Confederation),
Datuk Windsor Paul John, menyatakan bahawa tiada larangan jika mahu membatalkan
Liga Malaysia dan segala keputusan untuk membatalkan liga domestik adalah
terletak di bawah bidang kuasa induk bolasepak negara masing-masing.
Meskipun
tiada larangan di pihak AFC, badan induk bola sepak Asia itu menasihati agar
segenap aspek terutamanya berhubung isu penajaan perlu diambil kira serta
penekanan oleh persatuan bola sepak sekiranya memilih untuk membatalkan saingan
liga.
Sekiranya
pembatalan liga betul-betul berlaku, banyak pihak akan terjejas. Mungkin FAM
(Football Association Malaysia) dan MFL (Malaysian Football League) dapat
mencari jalan penyelesaian terbaik supaya dapat mengurangkan kerugian yang
dihadapi oleh semua pihak.
By
Kamal Nizam
Comments
Post a Comment