Indonesia Mengagungkan Jenama Tempatan




Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengambil keputusan untuk menggunakan jenama sukan tempatan iaitu Mills Sport pada jersi rasmi skuad kebangsaan sebagai tanda mereka menyokong produk negara itu.

PSSI juga telah pun membatalkan kerjasama dengan jenama sukan dari Thailand, Warrix dan jenama terkemuka dunia, Nike kerana para peminat bola sepak Indonesia menggesa badan induk bolasepak itu menggunakan jenama tempatan Indonesia.

Mills merupakan antara jenama sukan yang terbesar di Indonesia di samping jenama seperti Specs dan OrtusEight, mereka melancarkan jersi berwarna merah dengan identiti negara itu serta sedikit sentuhan warna putih di bahagian kolar.

Hal ini dapat diambil sebagai salah satu inisiatif bagi FAM (Football Association Malaysia) untuk mengikut langkah yang sama dengan menjadikan jenama tempatan sebagai pengeluar jersi rasmi skuad Harimau Malaya.

Banyak juga jenama tempatan Malaysia mempunyai kredibiliti untuk menjadi pengeluar jersi rasmi skuad Harimau Malaya seperti KakiJersi yang sudah pun mengembangkan jenama mereka di liga Kemboja. Perkara ini dapat menaikkan lagi ekonomi negara disamping mengembangkan jenama tempatan negara di peringkat antarabangsa.

By Kamal Nizam

Comments

Popular posts from this blog

Netizens Bash Influencer For Doing Blackface

Hijab making its way in Fashion

100, 000 Subscribers For Sugu Pavithra